Friday, January 20, 2017
Rawatan Demam
Demam bolih jadi satu tanda penyakit, jangkitan virus atau kuman atau mungkin juga kerana riaksi badan apabila cedera ,kekurangan air atau overwork . Demam maksudnya terdapat kenaikan suhu badan sedikit atau banyak dari 0.5 celcius atau lebih sehingga 3-5 celcius.Pembacaan suhu harus ditempat yang paing dekat dengan otak kerana kesan suhu tinggi paling bahaya ialah kecederaan kepada otak seperti sawan atau kekejangan.
Beberapa langkah mudah menurunkan suhu badan
1. mandi atau lap badan dengan air;kalau suhu panas elok gunakan air pada suhu bilik sahaja.Bagaimanapun dengan kawalan professional bolih gunakan ais kerana bolih menurunkan suhu dengan cepat.
2.kipas angin yang dihalakan kepada badan
3.hawa dingin pada suhu yang sesuai, tidak terlalu sejuk kerana bolih menyebabkan menggigil.
4.minum air dengan kuantiti yang banyak kerana haba akan turut dibuang melalui air kencing.kalau pesakit didalam ward biasanya pegawai perubatan perawat akan menambah amaun drip lebih dari keperluan biasa, contoh nya 7 ke 10 pint dalam tempoh 24 jam.
5.ubat2 demam ada dijual di kedai atau farmasi tanpa perlu prescription. suatu masa dulu ubat demam ada dua pilihan utama iaitu mengandungi aspirin atau acetaminophen [panadol].seorang lelaki dewasa berat lingkungan 70 kilogram hanya perlu 300mg aspirin x3kali sehari atau panadol 1000mg x 3kali sehari.Kalau tuan tuan rajin meneliti; serbuk kaki tiga yang dijual di kedai singseh mengandungi aspirin.Beberapa tahun dulu masyarakat kita gemar membeli ubat demam dari kedai singseh dan satu yang ingin saya ingatkan penggunaan ubat demam dari kedai2 itu dengan dose yang tinggi ada yang mendapat komplikasi saraf otak.
6. ada juga ubat2 tahan sakit jenis NSAID yang diguna olih pegawai perubatan sebagai ubat demam dan saya dapati ia berkesan dengan baik.
7.ada juga dikalangan kita yang alahan kepada aspirin dan panadol dan mungkin juga alahan kepada ubat2 NSAID yang lain.Orang yang demikian saya berpendapat lebih selamat menggunakan rawatan basik seperti minum air dengan banyak, mandi dalam air sejuk atau menggunakan pendingin hawa. tidak perlu memakan ubat demam.
Saya selalu terfikir apakah rawatan tradisional meminum air2 rebusan daun2 kayu, atau rumpai laut benar2 bolih menurunkan suhu badan?begitu juga dengan amalan mandi menggunakan daun2 herba.apa yang jelas air itu sendiri menyejukkan,daun daun herba memberi aroma yang menyegarkan.
Thursday, January 19, 2017
Assalamualaikum
Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh, kita di nasihatkan untuk memberi salam kepada sesiapa yang kita jumpa sama ada sudah kita kenali atau belum. Maksud saya bila kita dapat menjangka orang itu orang islam.
Telah lama saya tidak menulis dilaman ini kerana terputus idea.In Sya Allah di waktu mendatang saya akan menulis menurut keperluan, dan kelapangan masa .Menulis pojok hal-hal perubatan sebenarnya amat mencabar kerana saya perlu bersedia menelaah dapatan semasa perubatan supaya tidak ketinggalan.
Sehingga di lain waktu,semoga kita panjang umur,dapat berjumpa lagi dalam keadaan sihat walafiat.In Sya Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)