Beberapa minggu lepas heboh di surat khabar, isteri seorang VVIP dari Sabah , koma selepas menjalani pembedahan cosmetic di Klang Selangor. Beliau menjalani pembedahan abdominal tuck in dan liposuction.
Liposuction dan abdominal tuck in, adalah pembedahan untuk membuang lemak dan mengecilkan abdomen, merampingkan pinggang. Biasanya procedure ini menjadi pilihan VVIP, artis atau orang2 yang berlebih duit.Begitulah setengah2 orang yang mewah hidupnya menggunakan duit yang berlebih2 itu.
Seingat saya, procedure liposuction dan abdominal tuck in ini mengambil masa yang lama, antara 6 hingga 10 jam, bergantung kepada berapa banyak lemak yang hendak dibuang. Pembedahan ini juga memerlukan banyak fluid replacement kerana ruangan yang terdedah adalah luas. perdarahan juga banyak dan sukar dikawal. Pesakit juga terdedah kepada kehilangan haba kerana suhu dewan bedah yang sejuk.Procedure yang panjang juga menyebabkan pesakit hypoglycemia, hanya mendapat sumber glukosa dari drip.
Kejadian koma selepas pembedahan mungkin disebabkan olih
1. fluid replacement yang tidak mencukupi, menyebabkan hypovolemic shock.
2. hypothermia, kerana terdedah kepada suhu sejuk yang terlalu lama.
3. kehilangan darah, kerana procedure penggantian darah yang hilang semasa pembedahan tidak dilakukan , atau dilakukan tapi tidak mencukupi.
4. terlebih dose ubat tahan sakit seperti fentanyl, morphine dan sebagainya.
5. hypersensitive kepada ubat bius am yang diberikan, biasanya gas anaesthetic, yang beredar dalam tubuh masa pembedahan, akan menyerap kedalam tisu lemak , otot, liver , dan sebagainya.Ia akan beredar semula kedalam darah selepas selesai pembedahan, iaitu bila sudah tiada gas itu dari sistem pernafasan, sedikit gas ini bila sampai keotak akan menyebabkan pesakit tidak sedar.
6.hypoglycemia, kerana selepas pembedahan pesakit tidak bolih mengambil apa2 makanan secara oral.
Bagaimanapun kita dapati, masalah tersebut mudah diatasi, olih itu sepatutnya dapat ditangani segera olih mereka2 yang terlibat. Kita harap tidak akan berlaku komplikasi yang serius dari kejadian tersebut.