Wednesday, April 14, 2021

Piagam Perawat.6.

Keadaan gigi pesakit.

Pesakit yang tiada gigi bolih menghadapi masalah penghadaman kerana makanan tidak dapat dikunyah dengan sempurna. Begitu juga pesakit mungkin akan mengelak memakan sesetengah makanan sehingga dia akan kekurangan zat tertentu.

Perawat juga dengan melihat keadaan gigi dan keseluruhan rongga mulut dapat menilai bagaimana penjagaan kebersihan dan seterusnya menilai status mental pesakit.Sebahagian penyakit ada menunjukkan gejala penyakit dibahagian gusi seperti keracunan logam berat.[plumbum]

Piagam Perawat.5.

Penghadaman pesakit yang diluar kewajarannya.

Pesakit datang berjumpa perawat mungkin datang dengan gejala yang khusus berkaitan sistem penghadaman nya.Tetapi ada juga keadaan dimana pesakit datang dengan gejala yang umum kerana keadaan pesakit yang telah kronik, menyebabkan penyakit telah merebak.[contohnya pesakit baras usus yang datang dengan gejala kerosakan hati, atau paru2].Pemyakit yang primer mungkin juga sebenarnya belum dapat dikesan.

Kemajuan perubatan sedikit sebanyak membantu pesakit ;mendapat sedikit kebaikan kualiti kehidupan umpamanya pesakit dibantu cara permakanannya menggunakan tube nasogastrik ; menggunakan drip intravena bagi pesakit2 koma.Khidmat nasihat perawat adalah sangat diperlukan disini untuk mengelak apa2 komplikasi..

Piagam Perawat.4.

Penghadaman pesakit menurut adatnya, bagaimana keadaannya.

Pesakit datang berjumpa perawat ketika berbagai peringkat penyakit.Ada yang diperingkat awal tentunya pada keadaan yang baik.Bagaimanapun apabila penyakit pada peringkat akhir, sudah terlalu lama sakit tentunya berlaku banyak perubahan.Pesakit kekurangan zat kerana tidak lalu makan atau tidak dapat makan dengan sempurna atau tidak mempunyai sumber kewangan untuk membeli makanan.

Pesakit yang datang dari keluarga miskin atau pesakit kronik yang sudah menderita bertahun tahun biasanya perlu bantuan makanan, zat dan vitamin secara menyeluruh.Untuk mempercepatkan proses pemulihan kesihatan , perawat perlu memikirkan bantuan makanan kesihatan yang paling sesuai .Perawat mungkin perlu memberi bantuan darah jika hemoglobin nya tidak mencukupi.[untuk procedure pembedahan atau pun tidak].

Wednesday, March 24, 2021

Osteoporosis

 Seorang kawan saya telah terjatuh semasa membuat kerja kerja rumah yang menyebabkan beliau cedera di bahu dan tulang punggung retak. Beliau berumur awal 60an dan seorang yang tidak aktif bersukan.Saya fikir beliau telah mengalami masaalah osteoporosis menyebabkan tulangnya mudah patah hanya disebabkan jatuh kelantai dari kedudukan berdiri.

Osteoporosis adalah keadaan dimana tulang menjadi kurang padat dan mudah patah. Sebab2nya ialah:

1.Warga emas-melibatkan lelaki dan wanita hasil proses penuaan. 

2.Telah menopause-menyebabkan ketidak seimbangan hormon

3. Kurang bersukan ,secara semula jadi garam calsium akan beralih dari dalam tulang dan didistribusi kebahagian lain tubuh 

4.Pengambilan ubat2an berjadual disebabkan sakit sakit kronik seperti penyakit auto immune, post renal transplant, rawatan anti canser.

 5. Permakanan yang tidak seimbang, kurang calsium dalam diet seperti tidak minum /makan hasil tenusu.

6.mengambil ubat sediaan herba atau makanan suppliment  yang secara tidak disedari mengandungi bahan steroid.

Osteoporosis bolih dikurangkan dengan:

1.Diet mengandungi hasil tenusu ; contohnya susu segar sebagai sebahagian dari menu harian

2.Tablet calsium dan vitamin D ada dijual dipasaran bolih diambil untuk mendapat pemulihan yang cepat.

3.Aktif bersukan dipagi hari ;bolih dilakukan ;secara berkumpulan seperti mengikuti grup tarian, dan sebagainya.

4.Makan makanan laut, mengandungi banyak calsium.

5.Sentiasa berhati hati apabila membuat pergerakan, terutama bagi orang yang sudah lama sakit terbaring diatas katil;untuk mengelak daripada jatuh.. 

6.Berhati2 bila mengambil makanan tambahan yang dijual dipasaran. kerana mungkin mengandungi bahan aktif steroid yang tinggi.Semak kandungannya terlebih dahulu. Terutama bila pengedar mendakwa mampu meningkatkan nafsu makan, badan rasa amat selesa kerana kesakitan dapat segera pulih.



Monday, March 22, 2021

Piagam Perawat.3.

 3.Stamina Pesakit

Pesakit mempunyai berbagai level stamina; menentukan kemampuan nya melawan penyakit.Ada yang berkeadaan lemah kerana berbagai peringkat umur seperti kanak2, remaja, dewasa dan orang tua.Orang tua mungkin sahaja terlalu lemah dan perlu perhatian khusus .

Mungkin juga pesakit mempunya berbagai penyakit kronik disamping sakit yang dihadapinya sekarang;menyebabkan antibody nya lemah.Pesakit yang mengidap kanser, morbid obesiti, diabetes tidak terkawal mempunyai prognosis yang kurang baik.Begitu juga pesakit yang sudah terlalu lama sakit ,baru cuba mendapatkan rawatan kerana kemiskinan atau logistiknya yang terlalu jauh sari bandar.

Mungkin juga perawat akan menjumpai pesakit yang mempunyai stamina luar biasa cergas berbanding keadaan tubuhnya yang kurus kering.makan yang tidak menentu.Itu mungkin menunjukkan pesakit mengalami gangguan mental lebih dari sakit fizikal.

Sunday, March 21, 2021

Piagam Perawat.2.

 2.Memerhati Punca Penyakit

Perawat harus memerhati punca penyakit itu datang seperti kerana tidak menjaga kebersihan diri; mengamalkan sex rambang dan mempunyai pasangan sex yang ramai .Kemiskinan juga bolih menjadi punca penyakit seperti kekurangan zat ;anaemia; tidak mempunyai antibody terhadap penyakit yang biasa dikalangan masyarakat.

Penyakit yang tersebar sebagai wabak harus diambil perhatian jika ada yang jatuh sakit dimusim tertentu;contohnya wabak covid19; selsema H5N1 , virus nipah dan sebagainya.Perawat harus alert dengan keadaan semasa.Rawatan bolih melibatkan usaha setempat atau peringkat nasional atau antara bangsa.

Piagam Perawat.1.

 Lebih kurang 700 tahun dahulu , seorang ilmuan islam telah menulis dalam sebuah buku yang terkenal diseluruh dunia islam mengenai prinsip yang harus diikut oleh seorang perawat ;baik ia seorang pelatih atau seorang pakar yang sudah tersohor. Walaupun saya hanya membaca tulisan yang telah diterjemah kebahasa melayu olih seorang penterjemah abad ini; namun saya mengakui penulis itu telah mendahului zaman.

Apakah sebenarnya dia berada dizaman kebangkitan sains kesihatan dizaman keemasan sepanyol atau tidak; itu saya tidak tahu.Namun saya percaya zaman pencapaian sains di Eropah hanya selepas tahun tahun1500 ke 1600 masehi; iaitu beberapa ratus tahun kemudian.

Istilah doktor dikurun2 awal tahun hijrah juga sesuatu yang sukar dijelaskan. Siapakah sebenarnya mereka dan apa bidang kerja mereka.Tiada petunjuk yang dapat menjelaskan apakah mereka herbalist, chemist atau bagaimana. Ibnu Sina yang lahir sekitar 400H pula telah mengamalkan praktik kedoktoran yang sebenar; malah telah menulis Canon Perubatan dan.menjadikan nya bapa perubatan modern

Piagam yang ditulis sekitar 700 hijrah mencadangkan 20 perkara yang harus diikuti oleh perawat.Sesungguhnya saya juga tidak pasti sama ada hipocratic oath yang diamalkan oleh doktor Greek /Latin ada mempengaruhi cadangan penulis ini.

1.Meneliti jenis penyakit.

Seorang doktor harus meneliti jenis penyakit termasuk apa kategori penyakit itu. Kita tahu sakit melibatkan fizikal ; mental dan rohani. Sakit fizikal pula bolih dikategorikan kepada beberapa perkara seperti jangkitan kuman, penyakit keturunan disebabkan kelainan genetik, kecederaan ,penyakit ketumbuhan seperti kanser .Penyakit mental seperti kemurungan, psychosis, atau ketagihan alkohol dan dadah.Penyakit rohani seperti penyakit ain, terkena badi mayat, atau mungkin sihir.

Wednesday, March 17, 2021

Puasa dan Anda

 

2.Gasteroenteritis

Dibulan puasa menjadi budaya kita membeli juadah berbuka puasa di bazar2 ramadhan. Terlalu banyak pilihan makanan menyebabkan kita rambang mata. Kita beli dengan banyak ,berbagai jenis akhirnya sama ada terbuang tidak dimakan ; atau kita makan kesemuanya hingga susah hendak bernafas kerana kekenyangan.

Makan terlalu banyak , bercampur2 bolih menyebabkan makanan tidak hadam dan sakit perut.Biasanya tren ini berlaku diawal2 puasa kerana nafsu makan yang tidak terkawal. Tiada cara lain mengatasi masalah ini; hanya lah dengan mengawal makan minum kita. Beri ruang sepertiga perut kita untuk udara supaya kita mudah bernafas. beli satu menu sahaja sehari.Esuk kita cuba menu yang lain.

Makanan yang dijual di bazar yang bermula jualannya pada pukul 3 petang;sudah tentu penyediaanya sebelah pagi.Makanan yang kelihatan segar, tapi mungkin sebenarnya sudah hampir basi. Kita harus memilih makanan yang masih panas supaya bila tiba waktu berbuka masih sedang elok untuk dimakan.Harus diingat ada jenis kueh muih yang cepat basi kerana semula jadi begitu..contoh nya bahan kelapa parut pada makanan itu.

Makanan yang tak habis dimakan [waktu berbuka dan sebagainya] tidak harus disimpan didalam peti ais terlalu lama. Samaada ditutup dengan sempurna atau tidak ditutup, makanan yang disimpan didalam peti ais tetap tercemar dan bila terlalu lama akan terjadi fermentasi atau bakteria akan membiak dalam makanan. Pemakan makanan akan keracunan walaupun telah dipanaskan dengan microwave atau oven,

Ada penjual yang tidak menutup makanan dengan sempurna ;menyebabkan dihinggapi lalat.Lalat mampu bertelor dalam beberapa saat sahaja dan meninggalkannya pada tempat yang sukar dilihat. Sesiapa yang termakan telor lalat bolih mengalami sakit perut dan cirit birit yang serius. Walau bagaimana pun keracunan kerana telor lalat tidak bersifat massa, iaitu hanya seorang dua sahaja yang kebetulan termakan makanan tercemar.

 Penyedia makanan dan pekerja pembuatan telah diwajibkan olih KKM untuk mengambil suntikan vaksin anti thyphoid sebelum lesen diberikan. Tujuan nya adalah untuk mengelak mereka2 ini dari dijangkiti thyphoid ;sebagai pembawa atau sebagai pesakit bergejala.Jika tidak mereka akan menyebarkan penyakit melalui makanan yang mereka jual. Keracunan disebabkan thyphoid adalah sangat serius dan bolih membawa maut.

Pesakit keracunan makanan perlu rawatan rehabilitasi air mengikut darjah dehydrasi. Jika teruk pesakit perlu infusi drip saline di dalam ward jagaan harian. Kes yang tidak serius ,cukup dengan meminum garam rehydrasi secukupnya. Minum air mineral;atau airkelapa;kadang2 mencukupi untuk rehydrasi yang simple. Air rehydrasi yang bergas harus dibuang gas nya dahulu dengan cara membiarkan terbuka penutupnya kerana gas bolih menyebabkan kembung angin.


Wednesday, March 10, 2021

Puasa dan Anda

           Kebiasaannya puasa tidak mencabar kepasa sesiapa yang muda dan sihat. Bagaimana pun ia jadi mencabar sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan dan anda berada di hujung usia. Jika anda mempunyai sebahagian dari masalah masalah berikut ; maka anda harus mengambil nasihat ini.


1. Gastrik
           Gastrik ialah penyakit berlebihan produksi asid gaster. Berpuasa bermakna produksi asid akan menjadi berlebihan kerana perut kosong, tiada makanan .Olih yang demikian anda harus mengambil ubat mengurangkan produksi asid sepanjang bulan puasa. Hanya sekiranya keadaan tidak terkawal saya mencadangkan jenis proton pump inhibitor-orang yang terlalu tua atau sudah dikesan mempunyai ulser perut.

Pengambilan antacid juga membantu mengurangkan kesakitan ,Anda harus standby ubat antacid di rumah bila anda disahkan mempunya gastrik kerana kesakitan bolih datang bila2 masa.Biasanya antacid yang bentuk cecair lebih cepat bertindak dibanding dengan bentyk tablet.  Anda juga dicadangkan mengelak makanan pedas, jeruk dan minuman bergas .

Saya juga cadangkan anda bersahur diakhir waktu dan berbuka cepat bila masuk waktu. Makan dengan jumlah yang biasa,tidak perlu untuk makan terlalu banyak.Seperti biasa kunyak dengan betul dan ambillah masa sehingga makanan lumat kerana bila makanan kurang lumat ia bolih menyebabkan perut meragam.

Susu lembu harus menjadi minuman pilihan waktu berbuka puasa. Susu dari produk sawit adalah kurang sesuai kerana ia tidak bersifat antacid seperti yang kita harapkan untuk menawar produksi asid yang berlebihan semasa kita lapar.    

Monday, March 8, 2021

penyakit ain

 Pernahkah anda mendengar penyakit ain?

Orang tua2 dahulu mendefinisikan penyakit ain sebagai penyakit yang disebabkan pandangan/tenungan mata orang yang bersifat dengki kepada kanak2 atau orang yang lemah semangat.Orang sekarang tidak menerima kewujudan penyakit ini atas faktur2 tidak tau,tidak percaya, tiada bukti saintifik.atau sebenarnya tidak mau menerima kenyataan.Ia seumpama sihir hairannya bolih juga berlaku dari tenungan mata kepada foto kanak2.Sebab itu pada masa dahulu orang tua melarang kanak2 diambil gambar.Tak percaya?

Kanak kanak yang terkena penyakit ini biasanya demam ,letih,tetapi demamnya hanya sederhana, tidak tinggi.Dia jadi letih dan lebih masa tidur.tiada selera makan.Dia tidak aktif seperti selalu sampai berharihari.

Sebagai orangtua kita harus ada kesedaran mengenai penyakit ain dan harus melindungi kanak2 dari penyakit ini.Malangnya tidak ramai orang tahu  apatah lagi merawatnya.Rawatannya mudah cuma perlu berdoa kepada Allah sahaja .Kita berusaha Allah yang memberi kesembuhan.

Selamat Berjumpa Kembali

Genap tiga tahun saya tidak menulis disini. Ada beberapa sebab yang menghalang saya menulis. Yang paling utama iala ketiadaan masa lapang keran sibuk dengan urusan kehidupan. Disamping itu tidak mudah untuk menulis kerana saya memang tidak berbakat menulis.

Biasanya idea menulis datang bila ada sesuatu isu dikalangan masyarakat. Bagaimanapun saya bukan lah seorang aktivis yang sentiasa proaktif. Saya seorang penyegan. Kalau ada orang yang mempunyai keperluan meminta bantuan barulah saya mula berfikir, bertindak mengikut kemampuan saya.

Cukup sekadar ini hari ini. Ada seorang senior mencadangkan saya menulis diwall hari2 ;mungkin dengan cara itu saya bolih menyumbang kepada masyarakat,katanya.Mungkin juga bolih menjadi sumber pendapatan sampingan. Saya tergugah untuk menulis hari ini.

Sekian dulu.

Thursday, May 2, 2019

 Assalamualaikum

Minggu depan , Ramadhan datang lagi.
Syukur alhamdulillah kerana kita InsyaAllah dapat menjalani ibadah puasa Ramadhan lagi sekali. Bagi yang tak dapat; itu sudah ketentuan NYA.

Sudah lebih setahun saya mendiamkan diri , tidak mampu menulis diruangan ini. mungkin kerana kesibukan atau kurang idea.

Bagaimanapun hari ini saya ingin memberitahu saya sudah berpindah premis operasi . Premis operasi saya yang baru ialah di POLIKLINIK SALEHUDIN BANTING.SELANGOR. Teman saya DR SALEHUDIN HAFIZ telah bermurah hati membenarkan saya praktis di klinik beliau.

Begitulah;
sempena kedatangan Ramadhan Kareem ; saya ingin mengucapkan selamat beribadah kepada tuan puan semua semoga di terima olih NYA dan memperolih ganjaran yang sepatutnya.
Amiin.

Friday, January 20, 2017

Rawatan Demam

Demam bolih jadi satu tanda penyakit, jangkitan virus atau kuman atau mungkin juga kerana riaksi badan apabila cedera ,kekurangan air atau overwork . Demam maksudnya terdapat kenaikan suhu badan sedikit atau banyak dari 0.5 celcius atau lebih sehingga 3-5 celcius.Pembacaan suhu harus ditempat yang paing dekat dengan otak kerana kesan suhu tinggi paling bahaya ialah kecederaan kepada otak seperti sawan atau kekejangan. Beberapa langkah mudah menurunkan suhu badan 1. mandi atau lap badan dengan air;kalau suhu panas elok gunakan air pada suhu bilik sahaja.Bagaimanapun dengan kawalan professional bolih gunakan ais kerana bolih menurunkan suhu dengan cepat. 2.kipas angin yang dihalakan kepada badan 3.hawa dingin pada suhu yang sesuai, tidak terlalu sejuk kerana bolih menyebabkan menggigil. 4.minum air dengan kuantiti yang banyak kerana haba akan turut dibuang melalui air kencing.kalau pesakit didalam ward biasanya pegawai perubatan perawat akan menambah amaun drip lebih dari keperluan biasa, contoh nya 7 ke 10 pint dalam tempoh 24 jam. 5.ubat2 demam ada dijual di kedai atau farmasi tanpa perlu prescription. suatu masa dulu ubat demam ada dua pilihan utama iaitu mengandungi aspirin atau acetaminophen [panadol].seorang lelaki dewasa berat lingkungan 70 kilogram hanya perlu 300mg aspirin x3kali sehari atau panadol 1000mg x 3kali sehari.Kalau tuan tuan rajin meneliti; serbuk kaki tiga yang dijual di kedai singseh mengandungi aspirin.Beberapa tahun dulu masyarakat kita gemar membeli ubat demam dari kedai singseh dan satu yang ingin saya ingatkan penggunaan ubat demam dari kedai2 itu dengan dose yang tinggi ada yang mendapat komplikasi saraf otak. 6. ada juga ubat2 tahan sakit jenis NSAID yang diguna olih pegawai perubatan sebagai ubat demam dan saya dapati ia berkesan dengan baik. 7.ada juga dikalangan kita yang alahan kepada aspirin dan panadol dan mungkin juga alahan kepada ubat2 NSAID yang lain.Orang yang demikian saya berpendapat lebih selamat menggunakan rawatan basik seperti minum air dengan banyak, mandi dalam air sejuk atau menggunakan pendingin hawa. tidak perlu memakan ubat demam. Saya selalu terfikir apakah rawatan tradisional meminum air2 rebusan daun2 kayu, atau rumpai laut benar2 bolih menurunkan suhu badan?begitu juga dengan amalan mandi menggunakan daun2 herba.apa yang jelas air itu sendiri menyejukkan,daun daun herba memberi aroma yang menyegarkan.

Thursday, January 19, 2017

Assalamualaikum

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh, kita di nasihatkan untuk memberi salam kepada sesiapa yang kita jumpa sama ada sudah kita kenali atau belum. Maksud saya bila kita dapat menjangka orang itu orang islam. Telah lama saya tidak menulis dilaman ini kerana terputus idea.In Sya Allah di waktu mendatang saya akan menulis menurut keperluan, dan kelapangan masa .Menulis pojok hal-hal perubatan sebenarnya amat mencabar kerana saya perlu bersedia menelaah dapatan semasa perubatan supaya tidak ketinggalan. Sehingga di lain waktu,semoga kita panjang umur,dapat berjumpa lagi dalam keadaan sihat walafiat.In Sya Allah.

Saturday, April 3, 2010

Panadol

Panadol atau paracetamol adalah satu satu nya ubat yang paling banyak disimpan di rumah.Ia adalah ubat yang reliable untuk merawat demam.Kita bolih membeli di kedai runcit, supermarket atau farmasi.Harganya pun murah.Ada juga panadol tiruan kerana selalunya pembeli tidak kisah dengan brand atau kualiti.Asal jadi ....Ok.

Tuan tuan patut tahu, panadol adalah juga satu racun yang amat merbahaya.Panadol tidak bolih diambil secara berlebihan kerana ia bolih membawa maut.Panadol merosakkan liver, dan malangnya tidak bolih dipulihkan, not reversible.Dos yang di rekomen untuk rawatan demam ialah 3gram sehari, iaitu 6bijiX 500gms tablet.Kalau demam tidak kebah juga, adalah dilarang menambah dos panadol.Cadangan yang terbaik ialah sponging dengan air sejuk untuk menurunkan suhu.

Kemalangan overdos panadol bolih berlaku dengan sengaja pada orang yang cuba membunuh diri, walaupun pada asalnya beliau cuma mengacah, mencari simpati.tetapi jika sudah terambil,ingested,jika terlalu lama, tidak dapat dipulihkan lagi.

Anak2 bolih dengan tidak sengaja memakan tablet panadol yang disangkanya gula-gula.Tahap toksisiti panadol pada kanak2 adalah lebih rendah,iaitu lebih kurang 50mg perkg.maknanya seorang budak 10kg, jika tertelan panadol 500mg sudah menjangkau toksik level.dan ianya fatal.

Ibubapa bolih secara tidak sengaja memberi minum panadol kepada kanak2 secara berlebihan; melalui cara pemberian ubat demam dari beberapa brand yang berlainan pada hari yang sama kerana menganggap ubat yang diberi tadi tidak berkesan, dan memberi ubat baru, sedangkan kandungan dadahnya sama.

Olih yang demikian sebagai langkah berjaga jaga, ibubapa tidak digalakkan menyimpan panadol dirumah, kerana dikuatiri termakan olih kanak kanak, atau dimakan olih orang yang merancang membunuh diri.belilah sedikit di kedai apabila perlu sahaja.tidak perlu menyimpan stok.

Thursday, September 24, 2009

salamun kaulam mirrobbir rohim.

i read somewhere,when treating my patient i should chant this "salamun kaulam mirrobbir rohim".from surah yasin.however i never ask my patient if they have any extra ordinary reaction after my practice.i just hope something change for the better of my patient.

i never have the opportunity to ask any traditional healer about this.may be you do.if you have the chance, make sure you ask.it might be useful for you later on.

Tuesday, June 23, 2009

Sayur kampong vs sayur ladang

Pada saya, jelas sayur kampung lebih baik dari sayur ladang kerana:
1.tiada bahan kimia khususnya racun makhluk perosak.
2.serat yang terdapat pada sayur kampung lebih kasar, dengan sebab itu lebih baik dari segi fungsi untuk pembuangan najis.
3.sayur kampung mempunyai ketahanan yang lebih semasa disimpan di luar peti ais.tahan segar lebih lama.
4.sayur kampung mengandungi zat, vitamin, flavinoid,antioxidant yang sesuai untuk manusia, walaupun zat2 tersebut belum dikaji olih biochemist dan ahli permakanan kerana kekurangan ilmu.
5.sayur kampung tidak gentically modified , olih itu selamat.

Sedikit demi sedikit, kajian mula dibuat terhadap sayur kampung olih para ahli permakanan dan justeru diketahui kelebihannya termasuk dari segi perubatan. Contohnya, buah peria, mempunyai zat alkaloid yang tinggi , menurunkan glucosa darah, sesuai untuk pesakit kencing manis.

Tidak lama lagi akan ada kajian yang akan menemui rawatan penyakit kanser dan sebagainya.Sekarang ini pun diketahui, serat2 dalam sayur berfungsi membuang lemak dalam usus menyebabkan cholesterol darah berkurang. Serat2 juga membuang segala carcinogen dalam usus besar dan menghalang terjadinya kanser usus.

Dengan bertambahnya interest terhadap industry herba /biotechnology, tidak syak lagi dimasa akan datang sayur kampung akan ditanam secara komersial dan digunakan meluas dalam perubatan.

H1N1

Adakah tuan2 terfikir, mengapa penyakit h1n1 merebak begitu cepat?Ini kerana ia merebak melalui wap air yang keluar dari pernafasan, batuk dan bersin.Keadaan akan lebih teruk jika ruang dimana pembawa penyakit dan contact duduk berdekatan , bersemuka, dalam suasana ruang lingkup yang tertutup seperti dalam kapal terbang, dalam panggung wayang, dalam dewan syarahan , dalam bilik darjah, atau dalam bas . Tuan2 boleh fikirkan sendiri satu list yang panjang.

Apabila kes2 sudah disahkan berada di sekeliling kita, maka sudah tentulah menjadi tanggung jawab kita mengelak dari menyebarkan penyakit tersebut.Jangan pergi ketempat2 awam seperti yang disebutkan tadi , apatah lagi bila kita sudah dijangkiti.Amalan menjaga kebersihan diri mesti ditingkatkan, dan mesti jujur dengan diri sendiri, bila sudah jatuh sakit, pergilah kehospital dan buat pemeriksaan.Sikap denial akan menyebabkan keadaan lebih teruk, disamping jika lambat mendapata rawatan bolih membawa maut.

Wednesday, May 20, 2009

Diabetic?

Anda perlu tahu:
Self monitoring blood glucose , atau dalam bahasa melayu, pemeriksaan sendiri glukosa darah, bolih di buat dengan alat glucometer, sedikit darah dari hujung jari sahaja diperlukan. bacaan yang diperolih merupakan level darah random, jika terlalu tinggi, menunjukkan ubat yang dimakan, atau disuntik belum mencukupi. Sila jumpa doktor untuk di adjust semula.

Hba1c, yang merupakan level glukosa dalam darah yang terikat secara irriversible dengan hemoglobin didalam sel darah merah.Paras yang optima harus lah dibawah 6.5%. Pesakit yang mempunyai paras Hba1c lebih dari 6.5%, mempunyai risiko tinggi untuk mendapat komplikasi diabetes.Ia juga menunjukkan kawalan glukosa darah yang tidak memuaskan.[ glukosa darah turun naik].

Sekarang syarikat insurance nyawa menjadikan satu kemestian kepada pesakit diabetes yang mengambil insurance diukur paras Hba1c , sebelum permohonannya diluluskan.