Thursday, August 16, 2007

Nyanyuk

Nyanyuk adalah satu keadaan di mana fungsi otak telah menurun sehingga menyebabkan daya ingatan seseorang akan merosot dengan teruk dan pesakit juga tidak dapat mengurus diri sendiri.

Nyanyuk dan latah adalah penyakit yang tidak asing bagi masyarakat melayu, sejak dahulu lagi seperti yang telah dirakamkan olih Munshi Abdullah dalam bukunya yang terkenal itu. Ia biasanya hanya menimbulkan masaalah kepada ahli keluarga apabila penyakit ini datang terlalu awal dari umur yang kebiasaan. Kalau pesakit mula mengidap nyanyuk ketika umurnya mencecah 80 tahun; itu biasa dan tidak menjadi masaalah. Tetapi kalau pesakit baru berumur 60 tahun, sudah mengidap nyanyuk, maka ia sangat memberi tekanan kepada keluarga.

Simptom nyanyuk yang biasa kita lihat ialah:

  1. pesakit hilang daya ingatan/lupa.
  2. pola tidur pesakit berubah, biasanya kurang tidur siang dan sering berjaga malam.
  3. pesakit lupa dengan peristiwa yang baru berlaku ,tetapi mampu mengingat semula peristiwa silam . Bagaimanapun setelah beberapa tahun berlalu, ingatan lampau itu juga turut hilang.
  4. pergerakan fizikal lemah dan tidak terkawal.Bagaimana pun ada kes 2 tertentu pesakit kelihatan lebih bertenaga dari orang sihat yang sebaya dengannya.
  5. hilang rasa malu
  6. fungsi abstrak otak merosot, tidak dapat berfikir seperti orang biasa.
  7. pesakit gagal mengawal fungsi pembuangan air kecil dan air besar.Pesakit biasanya terkencing sebelum sampai ketandas.Tetapi bolih jadi juga pesakit menyangka tempat beliau membuang itu adalah tandas.
  8. hilang kemahiran asa yang biasa di miliki seperti menjahit baju
  9. mudah merajuk dan berkecil hati apabila kemahuan nya tidak di tunaikan
  10. tidak dapat mengenali ahli keluarga yang terdekat termasuk anak, cucu dan adik beradik.

Sesiapa pun berisiko untuk menjadi nyanyuk. Bagaimanapun risiko meningkat apabila:

  1. mempunyai sejarah ahli keluarga yang mengidap nyanyuk
  2. mempunyai penyakit hypertension, diabetes atau high cholesterol .
  3. ada pendapat mengatakan mereka yang biasa tidur selepas masuk waktu asar terdedah kepada penyakit nyanyuk.
  4. pesakit nyanyuk lebih ramai yang berasal dari luar bandar.
  5. orang melayu.

Rawatan penyakit adalah sukar, dan biasanya ahli keluarga putus asa kerana tiada kesan yang dapat dilihat dengan segera dari rawatan yang diberikan.

Pemeriksaan scan otak biasanya menunjukkan otak mengecut kerana kematian sel2 gray matter. Gelombang otak juga berkurangan dengan mendadak.

Rawatan:

  1. biasanya doctor memberi vitamin B12 untuk merangsang keaktifan otak..
  2. sebatian Ginkobiloba dikatakan dapat membuang bahan radiakal aktif dari tissue otak.
  3. belaian kasih sayang dan penjagaan sepenuhnya olih ahli keluarga membantu mengurangkan kemerosotan fungsi otak.
  4. penjagaan kesihatan tubuh mengelakkan pesakit dari mendapat komplikasi seperti kecederaan, penyakit kulit dan sebagainya.
  5. pesakit harus ditempatkan dalam lingkungan keluarganya sendiri dan premis mestilah jauh dari benda merbahaya, toksik atau tajam yang mungkin bolih mencederakan.

Penyakit nyanyuk adalah terlalu biasa dengan komuniti melayu. Bagaimanapun belum pernah ada kajian bagaimana untuk merawat nya dengan cara yang paling berkesan.Perawat Tradisional atau Perubatan Modern belum menemui jalan keluar bagi masaalah ini.Bagaimanpun ada beberapa teori yang mencadangkan perkara2 berikut bolih mengelak dari mengidap nyanyuk.

  1. banyakkan membaca AlQur’an.
  2. jangan tidur selepas masuk waktu asar.
  3. jangan tinggalkan ibubapa bersendirian dirumah ketika kita keluar bekerja.
  4. selalu membawa ibubapa kita keluar berjumpa masyarakat, bercuti, berkelah atau melancong.Suasana terkurung menyebabkan mereka buntu dan emosi terganggu.
  5. galakkan mereka membaca buku, suratkhabar atau majallah supaya minda mereka selalu berfikir.
  6. banyakkan berdoa untuk kesihatan orang tua kita.
  7. mengamalkan cara hidup sihat, bersenam, memakan makanan berkhasiat, multivitamin, susu, buahbuahan, dan bergaul dengan masyarakat.

4 comments:

NorMala Bahar said...

Tq 4 d good info.. Help me alot..

nonama said...

Alhamdulillah...terima kasih banyak info tentang penyakit ini.Banyak sangat maklumat yang saya dapat tahu....Ibu mengidap penyakit ini...salah satu faktor yang terdapat dalam info iaitu tidur selepas waktu asar memang selalu terjadi pada ibu saya...sejak umur 60 selalu suka tidur lepas solat asar...bila tiba umur 80an...pelan pelan penyakit itu datang..ditambah pula dengan kurangnya komunikasi dalam rumah...memang benar seperti info di atas..sukar dipercayai pada mulanya...semoga Allah ampunkan dosa ibu dan bapa saya..aamiin...

Unknown said...

Allahu...abh sy baru mencecah umur 60thn sudah ada penyakit nie sejak beberapa tahun yg lalu.. mula2 kami xperasan... dan merasa abah buat2 lupa.. sehingga la 1 ari konvo Diploma adik d bangi.. abh dan mak duduk d rumah kakak d bangi..sehari sblm konvo abah keluar rumah kakak , katanya nk ke kedai utk breakfast. mak biarkn abh keluar.. dr jam 7pg sehingga jam 11pg abah x blk2.. rupanya abh xigt jalan blk..dia trs2 berjalan tanpa hala tuju.. dia cuma igt asl dia dr mana.. minta org hantar dia.. 4ari baru jumpa abh..tue pn jumpa d shah alam.. dlm keadaan yg lemah dan kelaparan.

Persoalan sy bagaimna sy dan ahli keluarga yg lain nk menangani masalah ini.. keadaan abah makin serius.. dia buat apa yg dia rasa btl.. degil xnk dgr nasihat ahli keluarga.. apa ubat atau vitamin yg sesuai.. atau rawatan yg sesuai..

Suliana Yusof said...

Alhamdulillah, info yang sangat saya cari. Dah jumpa kini. Boleh disimpan untuk diaplikasi pada masa yang diperlukan.