Pengalaman saya merawat sakit lemah jantung mencapai beberapa ratus orang.Kalau di campurkan dengan pengalaman sewaktu berkhidmat di hospital, memang ia suatu yang amat berharga.
Doktor General Practitioner seperti saya biasanya merawat sebagai langkah kecemasan sahaja. Kami mempunyai pilihan untuk menghantar pesakit lemah jantung kehospital yang berdekatan.Biasanya saya mencadangkan pesakit terus kehospital kerana disana ada rawatan pakar, untuk menyiasat sebab sebenar terjadinya sakit jantung. Saya hanya merawat sendiri kalau terdesak seperti pesakit tidak mahu kehospital kerana takut mati disana. Bagaimanapun saya ada juga mengalami dimana pesakit tidak mendapat rawatan yang sempurna dihospital atau doktor hospital memberi diagnosa yang berlainan.
Jantung menjadi lemah kerana penyakit seperti:
1.penyakit jantung koronari, selepas mendapat serangan jantung myocardial infarction]
2.penyakit darah tinggi
3.penyakit jantung congenital.jantung berlubang dan sebagainya
4.penyakit cardiomyopathies, seperti akibat pengambilan alcohol.
5.penyakit jantung secondary , setelah pesakit mengidap penyakit yang lain seperti kegagalan renal.severe anaemia, cardiac tamponade dan sebagainya.
penyiasatan yang saya buat diklinik adalah ecg, chest x ray,urine feme, lipid profile dan penyiasatan untuk menetukan penyebab2 secondary.
Biasanya pesakit ini saya rawat dengan:
1.ubat lawas kencing, untuk membuang lebihan air dalam badan yang menyebabkan pesakit sesak nafas.biasanya saya kembarkan dengan pemberian garam potassium.ubat lawas kencing yang selalu saya guna ialah frusemide,
2.ubat jantung supplement. ini adalah penemuan terkini,mula diguna lebih kurang 10 tahun yang lalu. masih dalam peringkat kajian.bagaimanapun saya fikir amat berbaloi menggunakan ubat ini kerana, kajian menunjukkan performance jantung meningkat 30 hingga 40%. so tidak rugi. saya memberi pesakit coenzyme q 10, 30 atau 50 mg. ubat in masih mahal dipasaran, sebiji berharga antara rm3-rm 4.
3.ubat penguat jantung digoxin.ubat ini telah berpuluh tahun di gunakan.ubat ini berfungsi menguatkan contraction jantung dan membantu membetulkan rentak jantung.bagaimana pun penggunaan nya perlu dengan berhati2.dan hanya kepada jantung yang confirm lemah. seperti xray jantung yang menunjukkan bentuk jantung yang globular.
4.ubat pencair darah, ubat yang biasa di gunakan ialah aspirin 150mg.sekali sehari. ubat ini dapat menghalang pembentukan embolus didalam jantung.seterusnya mengelakkan stroke.
5.multivitamin , kerana pesakit jantung terpaksa mengawal permakanannya. pemberian vitamin dapat menampung kekurangan nya.
6.ubat untuk merawat penyakit primary sisakit, contohnya ubat darah tinggi, ubat untuk menurunkan cholesterol, ubat untuk menstabilkan rentak jantung.ubat sakit jantung coronary,ubat untuk koreksi anaemia dan sebagainya.
7.lain 2 rawatan yang tidak spesifik seperti nasihat mengurangkan meminum air kepada 500mls sehari sahaja.mengurangkan pengambilan garam dalam masakan.membuat sedikit aktiviti senaman setakat yang termampu.difarmasi ada dijual garam khusus untuk pesakit jantung.
Saturday, December 22, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment