Wednesday, August 22, 2007

DENGUE FEVER

DENGUE FEVER/DEMAM DENGGI

Beberapa hari yang lalu salah seorang pesakit regular saya telah datang dengan demam, sakit kepala, sakit sendi , batuk dan perit tekak.. Beliau telah sakit beberapa hari dan mendapat rawatan, pada hari yang kelima berikutmya dia muncul lagi di klinik, setelah tidak dapat bekerja, kerana terlalu letih dan lemah. Secara bergurau saya telah katakan kepadanya dia sakit demam denggi, kerana air mukanya menunjukkan seperti pesakit denggi. Bagaimanapun saya yakin bukan denggi kerana setahu saya denggi tidak membawa symptom batuk dan sakit tekak.

Setelah pemeriksaan darah saya dapati beliau mempunyai white cell 1.6 k, platelet 38 k dan antibody utk denggi positive.maka saya mengarahkan beliau ke hospital dengan segera. Maka confirm lah dia mengidap demam denggi.

Sepupu saya juga mengalami gejala sakit yang sama. Beliau mengadu demam selsema, sakit tekak dan batuk, dan disertai sakit kepala. pening dan sakit tulang belakang. Beliau telah pergi ke klinik panel persendirian, dan di beri rawatan .Tetapi setelah seminggu sakitnya masih berulang.

Beliau pergi ke hospital daerah, doctor memberitahu diagnosisnya demam denggi. Didapati tekanan darahnya rendah,masih demam, maka beliau telah dirujuk kehospital besar.Dan disana dia disah kan tenat ,dua hari kemudian.dia meninggal dunia di icu.

Apa itu denggi

Denggi ialah penyakit jangkitan virus yang dibawa olih nyamuk aedes agepty. Umumnya bolih dibahagi kepada tiga group berdasarkan kepada severity penyakit.

Denggi fever

Jangkitan yang bolih dianggap ringan, pesakit mengalami gejala demam, tinggi dan berlarutan, selalunya disertai dengan sakit kepala, sskit sendi dan sakit otot.

Denggi hemorrhagic fever

Jangkitan yang serious, kerana demamnya yang tinggi, bolih mencapai 40 degree, hemorrhage di tempat2 berpotensi seperti gusi, conjunctive, gastric bleeding, hematuria dan perrectal bleeding.biasanya terdapat ruam dibawah kulit dan ada pesakit yang mendapat internal bleeding.Pesakit mungkin mendapat lebam yang teruk jika ada trauma yang sedikit pun.

Denggi hemorrhagic shock/renjatan

Keadaan ini adalah lanjutan kepada denggi hemorrhagic fever. Pesakit olih kerana kekurangan melampau body fluid,, yang keluar kebahagian interstitial, menyebabkan tekanan darah dibawah paras normal, dan ada kala tidak dapat di rekod kan.Demam mungkin berkurang kepada 0.5 ke 1.0 darjah diatas suhu normal.pesakit biasanya drowsy, pitam atau tidak sedarkan diri.

Gejala penyakit denggi

Demam tinggi,naik dengan mendadak dan berlarutan. Hingga beberapa hari. Kadang2 mencapai 41 darjah celcius

Lemah badan.

Sakit sendi .sakit otot

Sakit kepala, sakit dibelakang mata.

Perdarahan gusi, bawah kulit, dan lain2 tempat berpotensi,lebam selepas minor trauma

Pitam,unconscious.

Pada akhir2 ini. Tanda2 mungkin disertai dengan batuk sakit dan selsema, sakit tekak walaupun gejala yang klasik tidak mempunyai tanda2 itu.

Kawasan berisiko

Penduduk yang tinggal dikawasan endemic. Perumahan baharu atau sedang dibena.bangunan dalam pembenaan.

Sepuluh tahun dulu, hanya melibatkan kawasan bandar, dimana terdapat takungan air bersih memudahkan nyamuk bertelur. Bagaimana pun sekarang ia bolih berada dimana2.kampung atau bandar asal saja nyamuk berpotensi untuk membiak, khususnya disekeliling rumah atau didalam rumah.

Nyamuk aedis mempunyai character tertentu , dimana kajian menunjukkan ia keluar mencari mangsa pada pukul 7 hingga 9 pagi dan 6 hingga 8 malam.[sebab itu operasi menyembur nyamuk banyak dijalankan pada pukul 7 malam.]

Diagnosis

Diagnosis denggi dimulakan dengan pemeriksaan klinikal. Biasanya doctor yang memeriksa akan melihat tanda2 klinikal yang ada sebelum membuat kesimpulan diagnosis penyakit.Setelah berpuas hati doctor akan merujuk pesakit kehospital berdekatan kerana rawatan perlu diberikan inhouse.

Dihospital doctor akan mendapatkan ujian antibody untuk denggi, biasanya ujian awal ini akan negative kerana pesakit tidak berkesempatan membentuk antibody. Sepelas dua minggu, pesakit biasanya akan menunjukkan peningkatan jumlah antibody terhadap virus.

Ujian yang kedua yang sangat penting dilakukan ialah ujian jumlah platelet , iaitu komponen pembeku darah. Apabila mendapat jangkitan , jumlah plaetlet didapati menurun dengan mendadak, sehingga, ia perlu di uji setiap hari.Platelet yang kurang dari 75k iu, menunjukkan, keadaan pesakit sserius dan perlu therapy platelet concentrate kerana beliau bolih mengalami perdarahan bila2 masa,

Tahap renjatan/ shock pesakit bolih dilihat dari pemeriksaan klinikal. Tekanan darah nya menurun,kurang pembentukan kencing, pening, pitam, dan tidak sedar diri.ini bolih terjadi bila2 masa, apabila pesakit demam terlalu tinggi, atau setelah perdarahan.

Terdapat juga kehilangan cecair darah kepada interstitial tissue, menyebabkan intracellular dehydration, dan kehilangan cecair dalam pembuluh darah.

Rawatan denggi

Rawatan hendaklah dijalankan secara menyeluruh,/ serentak. Dimana, gejala pesakit ditakle dari berbagai sudut, barulah pesakit dapat pulih dengan cepat.

  1. kepantasan masa bertindak, diharap kakitangan perubatan yang merawat dapat bertindak cepat kerana masa adalah amat penting. Pesakit bolih beralih dari denggi fever kepada syndrome renjatan denggi dalam masa beberapa jam.
  2. pesakit hendaklah diberi rawatan menurunkan demam, paracetamol bolih digunakan. Cara lain ialah penyejukan badan menggunakan sponging, kipas angina, atau aircond. Room
  3. rawatan intravenous fluid replacement, dextrose 5%, saline amat berguna, namun transfuse tidak bolih terlalu cepat. Kerana akan menggaglkan jantung.Kalau bolih, tekanan central vena cava dapat diukur sepanjang rawatan untuk menentukan jumlah keperluan fluid dengan tepat.air kencing juga hendaklah disukat 24 jam untuk menyukat fungsi ginjal.
  4. rawatan plasma atau artificial plasma bolih diberi jika disyaki rawatan fluid yg ada kurang berkesan, tekanan cvp terlalu renddah,
  5. rawatan platelet replacement [platelet concentrate] mesti diberikan jika jumlah platelet terus menurun, di bawah 70k unit.biasanya 1 pack hanya mampu meningkatkan platelet sebanyak 10k unit dalam darah pesakit.
  6. lumrahnya pesakit yang telah dibenarkan keluar dari ward masih kekurangan cecair darah. Sebab itu perlu dinasihat kan mengambil air dengan banyak.dari pengalaman saya pesakit yang mengambil air zam2 dapat pulih dengan segera.
  7. pesakit biasanya hanya akan pulih setelah mendapat rawatan selengkapnya, dan berehat antara 2 minggu hingga sebulan, sebelum itu biasanya beliau masih mendapat gejala sakit kepala, dan sakit otot dan sendi, walaupun tidak lagi demam.
  8. belum ada vaksin untuk menghalang jangkitan denggi.

Rawatan pencegahan.:

1,Elak kan dari gigitan nyamuk, Kelambu didapati sangat berkesan untuk menghalang gigitan nyamuk. Bayi sangat sesuai dimasukkan kedalam kelambu semasa tiduk.Pesakit yang sudah dijangkiti denggi juga mestilah tidur didalam kelambu untuk mengelak penyebaran penyakit didalam ward.

2..Elak dari keluar/ bermain diluar rumah waktu maghrib[ 7 mlm]. Pintu dan tingkap rumah patut ditutup bagi mengurangkan kemasukan nyamuk kedalam rumah.

3. Musnahkan tempat pembiakan nyamuk. Dengan memusnahkan tempat2 air bertakung. Didalam atau diluar rumah. Hendaklah berwaspada dengan tempat tanaman hidroponik kerana amat sesuai dengan pembiakan nyamuk.

4.Musnahkan nyamuk dewasa, penyemburan ddt seperti yang diorganisekan olih pejabat kesihatan daerah kekawasan sekitar rumah./ kejiranan yang berkenaan.

Kesimpulan

Gejala2 denggi saya dapati mula berubah dari tanda2 klasik kepada percampuran tanda2 demam selsema. Olih itu saya cadangkan jika pesakit masih demam walaupun telah dalam rawatan beberapa hari, sila uji antibody kpd denggi. Ia mungkin berbaloi.


2 comments:

dyana said...

adakah hanya dengan meminum air putih secara banyak dapat menyembuhkan penyakit ini?

nodin said...

perkongsian rawatan alternatif untuk merawat denggi disini

http://exerciseperut.blogspot.com/2010/08/rawatan-denggi.html