Cita cita nak menjadi doktor, adalah satu cita2 murni..Tetapi bukan lah mudah untuk menjadi doktor.Anak tuan mesti lah bertungkus lumus belajar antara 5 ke 6 tahun sebelum bolih mendapat ijazah.Sekiranya gagal di pertengahan jalan, anak tuan mungkin balik tangan kosong atau selalunya terpaksa bertukar kursus di pertangahan jalan.
Untuk pengetahuan tuan2 , anak2 yang ingin belajar menjadi doktor, pertamanya haruslah mengambil kursus A level di kolej swasta,[ pelajar mesti mengambil peperiksaan khas sebelum dibenar mengambil A level] atau mengambil kursus matrikulasi atau mengambil STP [mata pelajaran sains] selepas SPM.
Kursus matrikulasi adalah jalan yang paling mudah, kerana telah diberi pengkhususan olih kementerian pelajaran tinggi, dimana pelajar hanya perlu mengambil subjek terhad. [tetapi mesti ada subjek biologi].Kursus yang lain, agak susah sedikit, dimana jika anak tuan kurang berkemampuan, akan terpaksa berputih mata.Pelajar STP selalu mendapat kesukaran kerana kurangnya prasarana disekolah.Tidak banyak sekolah menengah yang ada pengajaran sains di peringkat tingkatan enam.
Pelajar matrikulasi biasanya mempunyai persaingan yang amat sengit. Universiti awam tempatan hanya menyediakan tempat kepada pelajar yang mendapat markah [PNGK}4.0 unit sahaja.[pelajar2 ini biasanya akan mendapat bantuan kewangan dari kerajaan dalam bentuk pinjaman atau biasiswa.Pelajar yang mendapat 3.6 hingga 3.8 unit , biasanya tidak dipertimbangkan untuk mengambil jurusan perubatan di universiti awam tempatan . Bagaimanpun ada universiti swasta tempatan yang menawarkan jurusan perubatan seperti IMU, UNIKL. Dan Universiti Cyberjaya.Bagaimanapun ibubapa harus bersedia untuk membayar yuran yang tinggi untuk anak2 ini.Saya difahamkan, yuran mereka dalam lingkungan 4 ribu ke 5 ribu sebulan.
Sekiranya anak2 tuan mendapat markah [PNGK] antara 3.2 hingga 3.8, dan tuan masih mahu mereka mengambil jurusan perubatan, tuan bolih memilih kolej2 perubatan di India, Indonesia, Bangladesh ,Russia dll, Kolej2 ini mempunyai ejen penyelaras di sini, tuan2 bolih mendapat maklumat dari iklan2 di akhbar sekitar masa ini.sehingga bulan julai.
Tuan2 harus menyediakan yuran masuk universiti sekitar 40ribu hingga 70 ribu. Yuran ini adalah bayaran yuran tahun pertama dan mesti disediakan ketika mendaftar..Bayaran yuran seterusnya mungkin tuan bolih dapatkan dari pinjaman MARA, atau bolih dibuat beransur ansur. Yuran kursus sehingga tamat dijangka dalam lingkungan rm 250,ribu hingga rm400,ribu. Rusia/Ukraine adalah antara negara yang mengenakan yuran termurah.iaitu dalam lingkungan rm 200 ribu untuk lima tahun.
Sekiranya anak tuan mengambil A level,[ dalam negeri/ dikolej swasta, atau diluar negeri; anak tuan bolih mengambil kursus perubatan di Australia, Ireland atau UK.Bayaran kursus perubatan di sana adalah dalam lingkungan rm10ribu sebulan.atau dengan lain perkataan, tuan2 mestilah menyediakan duit antara rm500ribu hingga rm 1 juta, sehingga anak tuan lulus ijazah pertama kedoktoran.[MBBS].Bagaimanapun sekiranya anak tuan dihantar olih JPA, maka itu rezeki dari Allah, yang tidak harus disiasiakan.
Tuesday, December 25, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
here is another choice for you;
apply residency in NZ or Aust or Canada (these countries are welcoming immigrants). the you live there for a couple of years (to qualify for free education for your children) then..
your children can enrol in any medical school there. student can get student allowance while studying, and can borrow money from Govt to pay tuition fees.
to be paid back once the student start work of course.
Post a Comment