Monday, December 17, 2007

Heart Failure

Dua hari yang lalu ,saya berjumpa dengan jiran lama saya Pak Mat yang kini tinggal di Sungai Kajang, Tanjong Karang. Kami tidak bersua muka hampir setahun. Kali terakhir saya jumpa beliau , dia kurus dan hensem. maklumlah baru berkahwin semula dengan seorang rakyat Indonesia.

Kali ini dia kelihatan gemuk, mukanya bulat dan perutnya buncit.sungguh tidak disangka, perubahannya amat mendadak.bagaimanapun dia kelihatan ceria. Dia memang pandai bercerita dan berseloroh.

Dia mengadu kepada saya, sejak dua bulan ni,dia mengalami sesak nafas, cepat penat apabila melakukan aktiviti dan bengkak kaki dikedua dua belah.bila tidur dia perlu dua bantal supaya selesa meletakkan kepala.dia tidak pernah mengadu sakit dada, tidak minum alcohol,merokok hampir 10 batang sehari sejak berpuluh tahun dahulu;dan tidak mengidap darah tinggi atau kencing manis.

Saya menyuruh beliau pergi kehospital atau keklinik berdekatan, dan buat pemeriksaan kerana dia mengidap sejenis penyakit yang serius. Saya terangkan padanya, biasanya ada lima jenis penyakit yang mempunyai symptom seperti beliau, tetapi penyakit yang pertama ini adalah yang paling common. dan mungkin yang paling tepat mengenai beliau.Sebab itu dia perlu bersegera mendapatkan rawatan.

Penyakit tersebut ialah:
1.lemah jantung, atau heart failure.
2.kegagalan buah pinggang, atau renal failure.
3.kegagalan hati, atau liver failure
4.kekurangan protein, atau severe malnutrition
5. obesiti.

diagnosis kelima,bolih di keluarkan dari list jika keadaan perubahan beliau mendadak dan ada tanda klinikal terlalu banyak air didalam badan.Selalunya obesiti mengambil masa yang agak lama kerana lemak memerlukan masa untuk berkumpul.

diagnosis keempat, jarang berlaku kerana dimalaysia hampir tidak berlaku kekurangan makanan.kekurangan protein yang serius biasanya berlaku di negara seperti Afrika. Dinegara ini mungkin berlaku pada tahun2 50an.Sebenarnya ayah pak mat pernah mengalami penyakit yang sama pada akhir tahun 60an .pada masa itu doktor memberi diagnosis penyakit beri2 sebagai penyebab kematiannya.Penyakit beri2 adalah disebabkan kekurangan vitamin b1.Bagaimanapun pada masa itu, kemudahan perubatan amat terhad.

diagnosis ketiga dan kedua, ada kemungkinannya berlaku, ia bolih dikeluarkan dari list dengan pemeriksaan darah melibatkan renal profile dan liver profile.jika kedua dua ujian ini normal, maka hanya diagnosis yang pertama yang paling tepat.

Disamping memberi rawatan kepada pak mat untuk menghilangkan symptom2nya, pak mat juga perlu dikaji sejauh mana kemampuan jantungnya yang ada.dengan itu pak mat perlu menjalani rawatan sepenuhnya termasuk echocardiogram.Untuk itu pak mat harus mendapatkan rawatan pakar jantung,sama ada swasta atau dihospital kerajaan.

3 comments:

nooryahaya said...

question for you:

you are naming the person here, dont doctors have this doctor-patient confidentiality thing whereby you shouldnt divulge info about patient health problem?

Mazni Aznita said...

doktor,
saya ingin mendapatkan sedikit informasi tentang penyakit jantung yang disebabkan oleh gejala artroskelerosis yang disebabkan oleh pengumpulan lemak berlebihan di dalam laluan darah beroksigen ke jantung. Apakah jenis diagnosis awal yang digunakan untuk mengesan penyakit ini, kaedah rawatan yang digunakan serta apakah tahap bahayanya penyakit ini berbanding jenis-jenis penyakit jantung yang lain.

Poliklinik Salehudin said...

artherosclorosis menyebabkan sumbat urat darah jantung.lepas tu menyebabkan sel jantung mati kerana tidak cukup oksigen.bila sel jantung banyak yang mati, jantung menjadi lemah.
ujian mustahak. ecg, kolesterol darah dan enzim homocysteine . angiogram, eko cardiogram