Pernahkah anda mendengar penyakit ain?
Orang tua2 dahulu mendefinisikan penyakit ain sebagai penyakit yang disebabkan pandangan/tenungan mata orang yang bersifat dengki kepada kanak2 atau orang yang lemah semangat.Orang sekarang tidak menerima kewujudan penyakit ini atas faktur2 tidak tau,tidak percaya, tiada bukti saintifik.atau sebenarnya tidak mau menerima kenyataan.Ia seumpama sihir hairannya bolih juga berlaku dari tenungan mata kepada foto kanak2.Sebab itu pada masa dahulu orang tua melarang kanak2 diambil gambar.Tak percaya?
Kanak kanak yang terkena penyakit ini biasanya demam ,letih,tetapi demamnya hanya sederhana, tidak tinggi.Dia jadi letih dan lebih masa tidur.tiada selera makan.Dia tidak aktif seperti selalu sampai berharihari.
Sebagai orangtua kita harus ada kesedaran mengenai penyakit ain dan harus melindungi kanak2 dari penyakit ini.Malangnya tidak ramai orang tahu apatah lagi merawatnya.Rawatannya mudah cuma perlu berdoa kepada Allah sahaja .Kita berusaha Allah yang memberi kesembuhan.
No comments:
Post a Comment