Sehingga sekarang, saya sudah terlibat dalam general practice selama kira kira 15 tahun.Saya sudah mengkhatankan berpuluh2 lelaki bukan muslim di klinik saya. Kebanyakannya orang2 muda, yang pada pendapat saya cukup berani kerana sanggup melalui pembedahan kecil membuang kulit yang tidak diperlukan.
Sebab sebab mereka berkhatan ialah:
1, jangkitan penyakit di situ, menyebabkan phalus tidak dapat dikeluarkan untuk hubungan kelamin.terutamanya pesakit2 yang mengidap diabetes.
2.kulit yang terlalu berlebihan, menimbulkan kesukaran mencuci alat kelamin.biasanya parent yang mencadangkan untuk berkhatan.
3.orang muda yang ingin menikmati sexual adventure.kadang2 mereka meminta untuk meletakkan sebutir dua mutiara di bawah kulit.
4.kanak2 yang cedera, tersepit zip seluar.
5.kanak2 yang mengidap balanitis dan seterusnya progress menjadi phymosis.
Saya sentiasa menyimpan rekod mereka yang berkhatan dengan cermat untuk kegunaan dikemudian hari. Bagaimanapun dari pemerhatian saya, saya dapati kanak2 bukan melayu [islam] , mereka sentiasa menjaga kebersihan dibahagian phalus dengan serius. tiada daki, dan phalus bolih dikeluarkan dengan sempurna.Saya percaya ibubapa mereka cukup mengambil berat tentang hal ini.Kanak2 melayu pula, saya dapati terlalu kotor, penuh daki , dan kulit melekat di phalus menyebabkan apabila berkhatan phalus jadi tercedera dan lambat baik. Ibubapa mereka mengharap kebijaksanaan doktor membersihkan phalus.Daki yang dipanggil smegma itu, bolih menyebabkan ketumbuhan canser cervix.Buktinya canser cervix sangat rendah incidencenya dikalangan orang2 Yahudi , dibandingkan dengan orang Caucasian.Mereka tidak berkhatan.Bagaimana pun sekarang insidence kanser cervix meningkat, dan dikaitkan dengan human papilloma virus, sebab itu dipromosikan besarbesaran untuk mengambil vaksin terhadap virus ini.
Thursday, May 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment