Perkara Sex memang menjadi taboo kepada masyarakat Melayu.Tiada siapa bincang perkara ini, dirumah atau dimana-mana.Orang2 tua yangbersembang dikedai kopi mungkin bercerita, tapi bukan berbincang. tujuannya menunjuk2 siapa hero. Buku? hanya menyentuh mengenai kehebatan sex, tujuan penulis untuk mencari duit.
Pernahkah anda terfikir, anak remaja anda tiada siapa yang memberi guideline mengenai sex? saya fikir masyarakat kita terlalu terkebelakang mengenai hal ini.Mana mungkin kita mengharap anak2 remaja itu mendapat ilham sendiri sebagaimana ibu bapanya 20 tahun dahulu.
Pelajaran sex harus menyentuh topik:
1.mengapa kahwin?umur yang sesuai untuk berkahwin.memilih pasangan untuk berkahwin.
2.akil baligh.lelaki dan wanita.dan perkara berkaitan aurat.
3.anggota jantina lelaki dan wanita.pertukaran jantina secara pembedahan.
4.berkhatan, lelaki dan wanita.keperluan menjaga kebersihan .sabun yang sesuai.
5.haid dan penyakit2nya.
6.kejadian persenyawaan benih lelaki dan wanita.
7.mengandung, tanda2 mengandung dan penyakit2 berkaitan mengandung,komplikasi mengandung.
8.perkara2 yg harus di lakukan olih pasangan bila mengandung, amalan2 afdal,makanan yang direkomendasi.
9.keperluan pemeriksaan kesihatan semasa mengandung.
10.persediaan bersalin.dimana hendak bersalin.
11.persediaan menyambut kehadiran bayi.
12.penyakit berkaitan hubungan sex rambang, homosex, lesbian .[penyakit kelamin].
13.musibah berkaitan serangan sexual , [mencabul,rogol].apa harus di lakukan.laporan polis, pemeriksaan medicolegal, rawatan perubatan .
14.perlakuan sex abnormal, kaitan nya dengan undang2.
15.kegiatan sukan lasak, adakah mencederakan lapisan dara? pemereksaan yang di benarkan.
16.pengguguran ; kebenaran melakukannya dan kesan2nya.
17.penyakit kegagalan fungsi alat jantina lelaki dan rawatannya.
18.konsep perancang keluarga [keluarga berencana].
Anda mungkin ada persoalan yang ingin di ketengahkan.maka jangan malu untuk bertanya.
Thursday, May 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment